BERPANTANG PART 5 : IKAN HARUAN PENYEMBUH LUKA LEPAS BERSALIN

Kali ini berpantang ke empat,masih amalkan ikan haruan kering untuk cepatkan proses penyembuhan luka. Masa bersalin normal anak pertama, siap makan ikan haruan bakar lagi. Fuh, sedap.

Sama juga bagi kali ke dua dan ketiga bersalin, memang inilah rutin makanan dalam pantang.

Tapi, kali ini dapat info baru daripadasahabat seperjuangan. Kata mereka doktor nasihat lepas operation, elakkan ambil ikan haruan dan pati haruan. Sebabnya,akan mempercepatkan pertumbuhan sel dan akan sebab kan daging dalam rahim ibu melekat!!!

Arghhh, betul ke nii? Dari sumber google blog lain, ada bagi pendapat yang sama. Cuma bukan bahan ilmiah.
Jadi, sebagai langkah waspada, ummi stop sat makan ikan haruan dan pati ikan haruann Harwany ni. Bukan apa dah ada orang nasihat kita ambil yang baik kan, yang tak elok letak tepi-tepi.





Jadinya, stop seketika, tunggu lepas 2 minggu baru nak ambil semula pati ikan haruan ini.
Atau ada sesiapa boleh bagi cadangan dan pendapat?

#umminani
#kelabbloggerbenashaari
#likeforlike
#malaysianblogger
#blogger
#kbba9

Labels: